24 January 2015

Penerokaan Sungai Hulu Limau Lata Belatan - spesis pepatung




Semua foto penemuan spesis pepatung ini dirakamkan pada 22 Januari 2015 Khamis.

Pepatung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata, suborder Epicrota atau, lebih tepat lagi di bawah infraorder Anisoptera. Ia dikategorikan berdasarkan ciri-ciri mata bersegi besar, mempunyai 2 pasang sayap yang kuat dan lutsinar, dan berbadan panjang. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki seperti serangga-serangga lain, ia tetap tidak boleh berjalan. Pepatung juga merupakan serangga yang paling laju terbang.
Pepatung adalah pemangsa berguna yang memakan nyamuk, dan pelbagai serangga kecil lain seperti lalatlebah,semut dan kupu-kupu. Ia biasanya boleh dijumpai di sekitar tasik, kolam, sungai dan tanah lembap kerana larvanya, yang juga dikenali sebagai “nimfa”, adalah bersifat akuatik.
Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam. Pastikan anda membersihkan kawasan gigitan seluruhnya untuk mencegah jangkitan air tersimpan di bawah kulit.
Sumber rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pepatung

Menziarahi "bandar"


Hari ini 21 Januari 2015, Rabu. Saya menziarahi "bandar" yang sentiasa bertambah penduduknya dan jumlah penduduknya tidak pernah "berkurangan".

Banyak kenaikkannya menziarah tanah perkuburan.

Diantaranya,
1)melembutkan hati.
2) mengurangkan kasih kepada isi dunia.

21 January 2015

Siap Membina Kawasan Lepasan Khas untuk Ayam Hutan

Alhamdulillah dengan izin Allah siaplah dengan tahap kemampuan semasa. Semoga di masa yang akan datang Allah memberikan pengningkatan dalam kemampuan untuk mengembangmajukan lagi usaha ternak ayam ini. Amin. 

Foto ini dirakam pada 21 Januari 2015. Rabu.



19 January 2015

Membina Kawasan Lepasan Khas untuk Ayam Hutan



Foto bertarikh : 18 Januari 2015 Isnin

Dengan tujuan untuk mengekalkan keaslian ciri-ciri ayam hutan maka saya mengambil usaha untuk membina kawasan lepasan yang khusus untuk ayam hutan sahaja.



Foto ini dirakam pada 21 Januari 2015. Rabu. Alhamdulillah dengan izin Allah siaplah dengan tahap kemampuan semasa.

18 January 2015

Reban ayam direkacipta supaya boleh diangkat.

Reban ini saya rekacipta supaya boleh diangkatpindahkan. Tujuannya supaya rumput di kawasan rumah dapat dikawal tanpa perlu dimesin. Kerana ayam memakan rumput untuk nutrisinya.

POS YANG SUKA DIBACA OLEH PENGUNJUNG